Tentang Kami

Tentang Kami
Claira wujud untuk membantu anda untuk kekal jelita dan sihat sama ada dari segi dalaman dan luaran.

Claira adalah syarikat penjagaan kulit dan kesihatan yang diasaskan dengan misi yang lahir dari hati untuk meningkatkan kecantikan, kesihatan dan kekuatan tenaga. Produk kecantikan dan kesihatan harian Claira dihasilkan secara teliti dengan keutamaan kepada para pengguna dan menggunakan bahan semula jadi yang tulen dan sumber makanan berfungsi dari seluruh pelosok dunia.

Kami bawakan bersama alam semula jadi, sains moden dan teknologi untuk menghasilkan produk-produk berkualiti premium dengan bahan yang segar, semula jadi, selamat dan berkesan untuk memastikan manfaat maksimum dan hasil yang ketara pada kulit dan kesihatan anda.

Syarikat dan produk-produk kami adalah satu bukti kepada satu usaha ke arah formulasi yang tulen, mempunyai pendekatan yang baik dan berkesan. Hasilnya, ia telah menjana satu penyelesaian kepada kecantikan dan kesihatan holistik yang benar-benar berkesan secara harmoni untuk mengimbangkan dan mengembalikan keadaan badan kepada yang asal dan semula jadi.

VISI & MISI
Visi
Kami beraspirasi untuk merumuskan produk berprestasi tinggi, penjagaan kulit kaya kesihatan dan produk kesihatan yang benar-benar memberi keutamaan kepada badan dan persekitaran.
MISI
Penjagaan kulit dan kesihatan seharusnya lebih mudah, berkesan dan mampu milik - dan ini sentiasa menjadi pegangan kuat Claira. Misi kami adalah untuk menginspirasikan dan menyokong komuniti dengan cara mendefinisikan semula makna kecantikan dan kesihatan.

Sehingga ke penghujungnya, kami sangat komited secara berterusan untuk menginovasikan dan membariskan produk-produk yang lahir daripada pegangan kesihatan holistik yang dilengkapi dengan rutin dan penjagaan kendiri yang menyokong pemikiran kesihatan dan kecantikan positif dari dalam.
Mengapa Memilih Claira?
Janji Kami
Di Claira, kami percaya kepada kecantikan yang mudah, tulen dan bersih. Kami percaya keyakinan adalah kecantikan. Kami percaya bahawa kecantikan datang daripada kulit dan kesihatan yang baik.

Oleh sebab itu, produk penjagaan kulit kaya kesihatan dan produk kesihatan kami dirumuskan dengan bahan botanikal yang tulen dan semula jadi dari seluruh pelosok dunia. Kami komited kepada khidmat dan prestasi tertinggi yang menyasarkan kepada kecantikan semula jadi yang harmoni dengan alam. Kami percaya anda akan sukakan Claira sepertimana kami sukakan Claira.

Produk dengan Pensijilan Halal

Kami bangga menjadi produk buatan Malaysia yang berusaha untuk merumuskan dan memasarkan produk-produk yang menepati undang-undang Malaysia dan Islam dari segi pensijilan yang halal. Kami menghasilkan produk-produk kami berdasarkan Panduan Halal dan Kesatuan Dermatologi British dan mengeluarkan produk kami berdasarkan standard antarabangsa di bawah sistem pengurusan kualiti ISO 22000.

100% bahan-bahan semula jadi

Bahan Berkualiti

Produk penjagaan kulit dan kesihatan Claira dirumuskan dengan bahan-bahan semula jadi, dipilih secara rapi untuk mengimbangkembali dan mempermuda kulit dan badan dari dalam.

Skincare

Penjagaan Kulit

Barisan produk Claira telah dibuktikan secara dermatologikal untuk menguatkan perintang kulit, melindungi anda dari sebarang kerosakan radikal yang disebabkan oleh pencemaran atau pendedahan kepada sinaran matahari untuk menampakkan kulit yang sihat, berseri dan kelihatan bersinar.

Wellness

Kesihatan

Dihasilkan untuk menyuburkan daripada dalaman dan luaran, produk-produk kesihatan harian Claira diasaskan menggunakan resipi kesihatan holistik: Lindung, Cegah dan Pulih. Pelancaran produk terkini kami menggunakan kolagen yang bio-sedia, maju dan berkesan dalam pasaran marcapada.

Free from antibiotics, drugs, chemicals and additives

Bebas daripada Bahan-Bahan Kimia

Berita baik dari kami selepas menghasilkan produk yang sihat dan bebas daripada bahan-bahan tiruan, tidak mempunyai bahan tambahan, bahan sintetik dan bahan-bahan lain yang toksik. Semua bahan-bahan termasuklah pewangi dan pewarna dirumus daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan asli. Rumusan kami adalah bergred klinikal, berkesan dan selamat.